Cerita Baru !
SALAM SEMUA.
Untuk perhatian,
saya ada cerita baru !
bukan filem Dunia Baru !
atau menjadi orang baru !
tapi
saya sudah ada BLOG BARU !!!!!
silalah melawat & memberi kritik/komen
di penamaya.wordpress.com
THANZ !
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| 31 |
SALAM SEMUA.
Untuk perhatian,
saya ada cerita baru !
bukan filem Dunia Baru !
atau menjadi orang baru !
tapi
saya sudah ada BLOG BARU !!!!!
silalah melawat & memberi kritik/komen
di penamaya.wordpress.com
THANZ !
Salam.
Debat Perdana Integriti antara IPT telah pun tamat 5 Februari lalu. Alhamdulillah, UM kembali merampas kejuaraan setelah 'meminjam'kannya kepada UiTM tahun lalu. Ini adalah hatriks final UM untuk Debat Integriti (sejak 2006) dan dua kali dinobatkan sebagai Juara (2006 & 2008) buat setakat ini. ALHAMDULILLAH !
UM menghantar dua pasukan dalam kejohanan kali ini. Tentunya, team Senior (Ali,Azri,Shen) dan team Junior (Shahid,lukman,Dayat). Setelah tamat 6 pusingan, team Senior berjaya mengungguli carta Liga dengan 5 kemenangan sementara Junior berada di tangga ke-20, (out of 42 groups yang bertanding) dengan mencatat 3 kemenangan. Satu prestasi yang memberangsangkan untuk pasukan yang masih 'belum baligh' dalam arena ini. Xpe ye junior,bila hang semua dah 'baligh' nanti, saya percaya korang mampu melakukan yang lebig baik !
Suku Akhir bertemu UiTM (gandingan bersama mOnt n Nizam B)--match yang agak menarik n best dan kali ini, rezeki berpihak pada UM untuk mara ke Semi.
Separuh aKhir bertemu USM (tuan rumah) namun alhamdulillah.. dewan itu UM kuasai dan rezeki sekali lagi berpihak untuk UM mara ke pentas perdana itu !
AkHIR -- pertemuan 'adik-beradik'. UM v UNITEN (tahniah sifu !). Ternyata, rezeki masih lagi dimurahkan Allah buat UM muncul Juara. Tahniah juga buat Farhan sebagai pendebat terbaik akhir. Tahniah juga buat UNITEN ! (kembali melakar keGAHan).
ALHAMDULILLAH...inilah segala-galanya expresi yang wajib dan wajar. Kali ini, saya datang sebagai pemerhati dan penyokong kepada delegasi. Tidak tampil sebagai pendebat ! Ramai gak yang bertanya (bersarakah anda?, kenapa x masuk?, selamat bersara...) hehe. menarik gak. Tapi persetan kan smua itu....huhu.
Dalam masa yang sama, saya terpaksa membuat keputusan untuk tidak pulang ke UM (sebagaimana yang dirancang) untuk urusan ASTAR Debate. Maaflah pada pihak-pihak tertentu. Kerana ketika itu, saya percaya pada kredibiliti dan kebolehan organisasi ASTAR Debate untuk bertindak dan tanggungjawab saya adalah untuk bersama delegasi Integriti UM di USM adalah lebih 'aula. Apapun,segalanya berjalan juga dengan lancar sekalipun ada cerita-cerita yang menjadi kebiasaan pada kalangan yang tidak berpuas hati. Tahniah UIAM atas kejuaraan di Astar Debate. (rasanya dah lama sgt dah UM kepingan nak johan di ASTAR tu). Terima kasih pada rakan-rakan pendebat (espcially ex dbtrs n seniors) yang membantu menjadi hakim semasa ASTAR debate aritu. ALLAH bisa membalas jasa kalian !
Well, untuk delegasi Integriti UM.. tahniah ! di sebalik kejayaan yang terus dilakar ini, ingat, masih ketara lagi kelemahan yang ada dalam kombinasi korang. jangan terlalu selesa dengan rezeki ini sebaliknya syukurilah dengan sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik di kalangan yang baik-baik. To Ali Asyraf (now is ur time Bro!), Azri (rajinlah berubah!) dan Shen (fokus dan jgn leka). begitu juga Shahid dan Dayat (belajar rajin! get a good cgpa!)--jgn tinggalkan UM ini. Lukman (pandai2lah bahagi masa).
Walau apapun jua, Sifu Azizul Hakim---- saya berterima kasih bagi pihak kedua2 pasukan atas jasa baik abang terus tidak lokek menabur ilmu debat ini. "Kaulah satu-satunya..........."
ALHAMDULILLAH ! Syabas Orator !!!
Salam.
Debat Integriti Antara Varsiti 2008 kembali. Kali ini, sekali lagi USM akan menerima kunjungan para pendebat, para penyokong, para peminat n para pengkritik (kerja baru aku :p ) debat selepas menjadi hos Debat Alam Sekitar 2006 yang lalu. Rajin btul USM ni jd tuan rumah. Dpt untung lebih ek? hehe.
Setahu saya, usul debat Integriti musim ini telah pun difaks kepada varsiti yang bertanding. (usul boleh juga didapati di oratorunimalaya.wordpress.com). Ttg usul, saya merasakan skop pdebatan kali ini agak luas dan tidak hanya terhad untuk membincangkan mengenai birokrasi+rasuah+salah guna kuasa semata2. Isu ttg bola sepak, artis, jenayah culik kanak-kanak, kemerosotan disiplin dan isu2 berkaitan rasuah antara yang bakal dibahaskan di USM kelak hujung minggu hadapan (1hb-5hb Februari). Erm, untuk 30 usul diberi seminggu sebelum pertandingan, saya kira satu jangka masa yang sudah memadai untuk seluruh jentera debat varsiti melakukan 'study' dan 'research' kepada kehendak usul yang diinginkan. Best of Luck para 'researchers' !
Apa yang perlu untuk debat integriti nie ye ? Saya cuba untuk berkongsi ilmu yang ada berkaitan debat Integriti nie berdasarkan pengalaman sebanyak dua kali menyertai debat ini. Alhamdulillah dengan kejayaan bagi kedua-dua penyertaan tersebut. (2006=Johan & 2007=Naib Johan).
1. Erti dan penakrifan INTEGRITI ini perlu difahamkan dengan teliti. Jangan terlalu memandang INTEGRITI ini isunya hanya pada rasuah dan kerenah birokrasi semata-mata ya ! Dengan memahami maksud sebenar INTEGRITI ini, pasukan anda akan dapat menyesuaikan isu-isu yg ada bagi setiap usul dengan mudah tanpa lari dari tema integriti tersebut.
2. Hujah BERFAKTA, BERAUTORITATIF dan BERKUALITI. Bagi saya, debat integriti sgt mementingkan penghujahan substantif yang tidak retorik dan mendokong pengisian mantap dalam penghujahan. Seeloknya, pilihlah isu-isu berkaitan integriti yang paling terkini ! Jgn isu-isu lapuk lagi yang diutarakan. Biar 'latest' dan 'valid'.Autoritatif kepada penghujahan (perkara biasa dalam debat) sgt dititikberatkan oleh debat sebegini. Dan, seeloknya pembentangan hujah ini dihuraikan dengan efisien, jgn kuantiti yang dititikberatkan tapi kualiti hujah tersebut ya!
3. Kuasailah TEKAD 2008 ! Ini terdapat dalam buku Pelan Integriti Nasional. P.I.N ini adalah kitab wajib yang perlu dikhatamkan dan fasih dengan selok-belok dalam penerangan yang diberikan. Lebih-lebih lagi tekad PIN akan berakhir tahun 2008 ini dan pastinya perdebatan akan cenderung melihat hasil tekad tersebut. Dalam keadaan sebegini, dengan memahami TEKAD 2008 tersebut, pendebat boleh 'manipulate' isu.
4. Bijak BERSENTIMEN dan BERDIPLOMASI ! Ini pun faktor penting dalam debat seumpama ini. Cuma, kena bijak dalam keadaan usul yang berpihak kepada situasi semasa, janganlah pula terlalu bersentimen hingga dianggap 'mengipas' atau 'membodek' penganjur. Jika usul menentang sensitiviti, pendebat perlu bijak untuk mencadang atau membangkang dengan cara yang penuh diplomasi. tidak boleh untuk menghentam mana -mana pihak.
Erm, rasenye 4 intipati asas di atas ini perlu pendebat mahir dan manfaatkan. Pada mana-mana pihak, saya hanya sekadar ingin berkongsi ilmu yang ada berdasarkan pengalaman yang telah ditimba. Jangan salah anggap apa-apa ya !
Ok, buat pendebat yang bakal bertanding.... DO YOUR BEST ye! Jika ada kelapangan, saya akan bertandang ke USM.
Buat Kontijen Integriti UM... baik team senior dan team junior (kali ini mempertaruhkan dua team).. start intensive training ya next week ?.. BEST OF LUCK ! Doa saya sentiasa bersama kalian ! PASTIKAN PENTAS ITU TETAP MILIK KITA !!!
salam.
Debat Kefahaman Islam IKIM telah pun selamat melabuhkan tirainya 8 Januari lalu. Pertemuan UM vs USIM di pentas akhir buat pertama kali sungguh mengujakan. Alhamdulillah, segalanya dimakbulkan. UM MUNCUL JOHAN sekali lagi ! Kejayaan yang membalas segala jerih perih, kesabaran n ketabahan... ALHAMDULILLAH !
Tahniah buat teamate.. Azri@John (Best Speaker), zati, acap n wan zahidah yang byk membantu. Buat rakan-rakan Orator yg lain (abg ali, kak sarah, nanu, kakak john, shahid, haris, dayat, lukman, shahril) Terima kasih atas sokongan semua ! dan yang paling utama, Sifu Azizul Hakim yang mmg byk sgt membantu.... mak abah x dilupakan juga !... TAHNIAH !
KIni, segalanya sudah berakhir....! Sudah tiba masanya, kelibat aksi aku di pentas perdebatan varsiti aku labuhkan. Simboliknya, piala PERTAMA yang kujulang adalah PIALA IKIM... dan piala TERAKHIR yang kujulang juga adalah PIALA IKIM. Moga perjuangan aku dlm debat varsiti untuk UM selama ini diberkati oleh Allah Taala.
Buat rakan2 Orator UM > terima kasih yang tidak terhingga atas segala-galanya. Inilah ruang & peluang yang korang perlu manfaatkan. pada yang pernah berduka dengan kehadiran Otel ni, saya MINTA MAAF. Masing-masing punya intepretasi dan ekspresi tersendiri. pada yang pernah melalui perjuangan bersama Otel ni, TERIMA KASIH n MINTA MAAF juga. pada yang sentiasa menyokong n memahami Otel ni, ALLAH sahaja yang Bisa membalasnya. INgat, selepas ini tgjwb akan jadi lebih berat dan besar. kalau korang selesa dengan apa yang telah dilakarkan, takut terlupa nak mengukir kegemilangan lagi. Jadi, berhati-hatilah. sokongan saya + doa saya akan sentiasa bersama korang !
Buat rakan2 pendebat varsiti > MINTA MAAF ATAS SEGALANYA ! Ketika berdebat, saya hanya menjalankan amanah. andai ada yang terluka dan terhiris, MAAF saya hulurkan! dedikasi buat semua (yang mengenali)... terima kasih atas support ! terima kasih atas kritik ! terima kasih atas hinaan n pujian ! Pesanan saya : "biarlah di pentas perdebatan kita bertegang urat, namun di luarnya KITA TEMAN SETIA". sElamat meneruskan Pejuangan !!!
(sinopsis next post : Previu+Recaps Otel di Debat Integriti)
Salam.
Takziah buat semua pengikut setia cerita 'iron lady' Pakistan = Benazir Bhutto. Mungkin inilah suratan Allah, keluarga Bhutto tumpas di tangan musuh politiknya... dari politik mereka bermula, dengan politik jua mereka berakhir.
"I have prepared my family and my loved ones for any possibility". Kata serikandi ini setelah kembali 'menempah ajal' di Pakistan Oktober lalu. Begitulah jua kata ramai penganalisis politik betapa wanita ini sudah mengerti akan risiko untuk kembali 'berpesta' di Pakistan namun itulah semangat, intuisi dan integriti seorang pejuang Politik !
Nyata, niatnya tidak diizinkan Allah.... 9.16pm waktu Malaysia 'berlumba-lumba' setiap siaran televisyen tempatan menyiarkan laporan TERGEMPAR pembunuhan Benazir Bhutto. Tumpas jua akhirnya ke tangan Pengebom Berani Mati. Ditembak di dada dan leher (ada laporan di kepala) dan terkena serpihan bom, surgeons di Rawalpindi GH gagal menyelamatkan nyawa pejuang ini. AL-FATIHAH.......
Kini, jenazahnya selamat dikebumikan bersebelahan pusara ayahandanya (juga menjadi bunuhan pemangsa politik). Jasadnya sudah tiada, rohnya sudah ke alam barzakh. Pastinya persoalan
APAKAH PERJUANGAN YG DINAUNGI BHUTTO TURUT 'SELAMAT DIKEBUMIKAN' ??? APAKAH PULA RENTAK POLITIK PAKISTAN SELEPAS INI ??? ADAKAH RAGAM PENGGANAS AKAN SURUT ??? ATAU NAWAZ SYARIF PULA DLM 'WAITING LIST' ??? APAKAH PERVES MUSHARAF PUNYA MOTIF DI SEBALIK TRAGEDI TRAGIS INI ???
DAN.... Bilakah Masyarakat Islam hendak sedar dan kembali Bersatu............ ???
Hingga ke detik ini, BERPOLITIK ITU TETAP KOTOR !!!
AL- FATIHAH buat BENAZIR BHUTTO (Pakistani Political Giant).....
ALHAMDULILLAH .
TAHNIAH BUAT
A) Team Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional UM 2007.
Dedikasi buat Ali Asyraf, Mohd Shahid, Shen Yee Aun dan Lukman. Pencapaian membanggakan ke Separuh Akhir (mengulangi sejarah taun lalu) dan Rank 1 setelah tamat 6 pusingan liga. Satu pencapaian membanggakan. Belajar dari kegagalan ! Abg Ali, latihan pertama memimpin team anda BERJAYA CEMERLANG ! hehe.
TERIMA KASIH BUAT SIFU AZERAI yang membantu moral dan kewangan
B) Team Debat Kefahaman Islam IKIM UM 2007
Dedikasi buat Zulfadhli (Otel), Wan Nur Izzati, Azri Zahier dan Khairul Asyraf(Acap) serta Wan NurZahidah. Berjaya melangkah ke Pertandingan Akhir Debat IKIM 2007 (bakal berlangsung pada 8 Januari bertemu Universiti Sains Islam Malaysia). Kita Berjanji Melakukan Yg Terbaik !
TERIMA KASIH BUAT SIFU AZIZUL & SIFU HASRIL yang banyak membantu
SELAMAT MENYAMBUNG PERCUTIAN KITA....... !
2005 : SEPARUH AKHIR (tewas pd UPM)
2006 : JOHAN (tewaskan UiTM)
2007 : NAIB JOHAN (tewas pd UIAM)
begitulah serba sedikit sejarah aku dalam Debat Diraja - debat paling berprestij IPTA oleh MADUM. Kini, dengan rasminya aku katakan "tiada lagi Debat Diraja buatku...itulah pentas diraja terakhir aku"
Sepintas lalu, memori Royal 2007 adalah paling menggamit perasaan. Kem latihan yg penuh dengan musibah dan ujian dari Allah, kita lalui bersama. Dari kerenah Bidasari yang telah berkahwin (kami memahami tgjwb anda) dan Azizi yang fi'il nya membawa 1001 rahmat pada team kami serta pengorbanan Azri@joHn yg cukup aku kagumi...thanx Bro! Kehadiran Shahid dan Mazuin pada saat akhir..seolah2 dimudahkan Allah dan kesudian Haris menerima lamaran kami kali ini,sangat menggembirakan aku!....
akhirnya, sekali lagi, UM di pentas Final ! Menewaskan UKM di suku akhir (timbal balik untuk Debat Alam Sekitar 07) dan Menewaskan UiTM dengan penuh bergaya di semi (timbal balik untuk Integriti dan Arkib)...berjumpa lah dengan UIAM di Final... pertembungan yg mmg aku nanti2kan !
malam sebelum Final..aku sudah cukup gembira... apabila UM tetap diumumkan sebagai PASUKAN DEBAT BM TERBAIK 2007 ! Ini kali keDua berturut2 kejayaan ini dikecapi dan aku sgt gembira berada dlm delegasi ini selama 2 tahun berturut2 anugerah ini UM kecapi !Inilah sasaran utama aku sepanjang 2007 dan yg sgt aku nanti2kan pd edisi royal kali ni...n alhamdulillah.... ALLAH memakbulkan !
Final >>>> bertemu dengan UIAM. Jujurnya, aku ingin meminta maaf pada keseluruhan delegasi UM dan peminat UM yang menginginkan kejuaraan itu dipertahankan...tp itulah suratannya! Kita patut redha kerana dalam ketidaksempurnaan latihan dan pasukan Utama yang tiada bantuan simpanan dan researcher... Otel - Haris - Ali. kita masih lagi mampu membuktikan yang 'Pentas Itu tetap Milik Kita'..! di Final itu, aku terlalu menghormati perjuangan pihak UIAM (terutama Abg Daud)... He deserved to win it ! Beliau sudah terlalu berusaha untuk itu.. lagipon, aku telah menjulangnya ! kadang2, kita tidak boleh terlalu ghairah untuk mengulangi kemenangan hingga kita alpa erti sebuah perjuangan..... dengan menghormati perjuangan mereka, itulah perngorbanan yg saya lakukan....kerana sy paham bagaimana berusahanya mereka ke arah itu sebagaimana yg saya lakukan pada edisi royal yg lalu... Alhamdulillah... He won ! Tahniah bang ! bangga gak la... abg daud..kajol..abg ali..haris..aku > produk SBP yang dilahirkan pada Datuk Shukor, PPM dan Debat UIAM !..bersemuka di Pentas Diraja IPTA !
Untuk Haris... mmg cita - cita dia nie sgt tinggi untuk menang tp for me... dia telah pun menang ! Menjadi 1st timer dalam debat IPT (sgt sibuk untuk prep ke Jepun), nasiblah lamaran diterima (beliau baru abis exam perdana ketika itu), akhirnya disatukan dalam team dan BERJAYA ke PENTAS AKHIR ! Pencapaian yg sgt sukar untuk dilakukan oleh mana2 pendebat lain... Haris dah berjaya lakukan ! ORATOR UM MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH ATAS PENGORBANAN HARIS UNTUK TERLIBAT DALAM DELEGASI KALI INI ! TAHNIAH ! KAMI DOAKAN HARIS BERJAYA KE JEPUN ! ~memori paling bermakna buat Haris n kami semua ~
Terima kasih buat :
a) SIFU AZIZUL HAKIM : manusia yg tiada galang gantinya! Maaf x dpt retain champ tp sy harap abg memahami !
b) SIFU HASRIL : manusia yg aku ingin sedut otak pemikirannya. kami byk sgt belajar dari abg! Maaf x dpt nak retain champ gak !
c) SIFU AZERAI : manusia yg sgt kaya dengan pengorbanannya. kami byk terhutang budi pd abg. ingat, suka duka kita bersama ! Orator UM mengalu2kan kehadiran abg sebagai warga UM !
d) ALI ASYRAF : inilah gandingan kita yang terakhir ! Teori SHAH - SMAPK tu sy rase dah boleh dibuktikan lah ! Hopefully, abg akan trus mengemudi kelestarian kegemilangan UM pada edisi 2008. PASTIKAN PENTAS ITU TETAP MILIK KITA !
e) AZRI @ JOHN : thanz atas pengorbanan ko John ! Jgn kecewa sbb ALLAH itu MAHA ADIL ! Percaya dan Yakin pada rezeki Nya ! U did well kali ini !
f) ZATI : tahniah ! u did very well ! jgn lupa asal - usul, trus berbakti untuk orator.. ko lah satu2nya Bunga di Hati kaMi !
g) HARIS : sory x dpt bawa Haris untuk JOhan. Thanz sbb memakbulkan my hajat untuk 1 team ngan budak nie. BEST OF LUCK studi !
h) ALL D JUNIORS : Dayat - Lukman - Shahril - Zahid - Acap - fairuz - nana - Shahid - Mazuin - Shen : Korang sgt best ! Dekat di hati ! Thanx terima Otel seadanya !
i) ABG NIZAM : thanz atas segala pengorbanan n sokongan !
Juga, buat semua warga Orator UM yang menyokong secara aktif mahupun pasif ! kejayaan ini MILIK KITA BERSAMA !
SAYA MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KETERLANJURAN DAN KETIDAKPUASHATIAN PADA DELEGASI UM ROYAL 2007 INI. SERTA BUAT SEMUA RAKAN PENDEBAT DI LUAR SANA, TERUSKAN BERJUANG ! NIAT PERLU IKHLAS ! USAHA PERLU BERSUNGGUH !
"BIARLAH DI PENTAS PERDEBATAN KITA MUSUH SEJATI..TAPI DI LUARNYA KITA ADALAH TEMAN PALING SETIA !" -Otel-
SELAMAT MAJU JAYA UNTUK ORATOR UM.. KALENDAR PERJUANGAN 2008 TELAH BERMULA !!!
Debat Diraja IPTA 2007 berakhir semalam (29Nov 2007) di UiTM Shah Alam. Blog ini adalah laporan pencapaian Delegasi UM di Royal Debate 2007 ini.
1) Bahasa Melayu Utama : NAIB JOHAN (tewas pada UIAM).
2) Bahasa Melayu Muda : SEPARUH AKHIR (tewas pada UKM).
3) Top 10 Pendebat Terbaik Liga (MUDA) :
a) Wan Nur Izzati - rank3
b) Azri Zahier Azmi - rank5
4) Bahasa Inggeris Utama : SEPARUH AKHIR
5) Bahasa Arab UTAMA : NAIB JOHAN (tewas pada UIAM).
Tahun 2006 di UNIMAS lalu, menyaksikan penguasaan pasukan debat UM dalam BM, BI (muda) dan B.ARAB tetapi kali ini di UITM menyaksikan UIAM memonopoli keseluruhan kategori. Tahniah buat mereka.
MALAM ANUGERAH MAJLIS DEBAT UNIVERSITI MALAYSIA (MADUM) 2007
1)PASUKAN DEBAT TERBAIK BAHASA MELAYU 2007 : Pasukan Debat Bahasa Melayu UM mempertahankan anugerah ini untuk 2 tahun berturut-turut melihat kepada pencapaian konsisten sepanjang musim Debat 2007. Tahniah !
2)ANUGERAH KECEMERLANGAN INDIVIDU (PENDEBAT/PEMIDATO) MADUM 2007 - MOHAMED ZUL FADHLI KHAIRUDDIN. : Ini merupakan anugerah MADUM buat pendebat/pemidato paling menonjol dan menyerlah sepanjang penglibatan dalam setiap tournament. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut anugerah ini dimiliki oleh pendebat UM. (2005: Azizul Hakim - 2006:Shahrizan - 2007:Fadhli@Otel). Tahniah !
3)ANUGERAH KECEMERLANGAN INDIVIDU (PENDEBAT/PEMIDATO) MADUM 2007 BAHASA INGGERIS - Catherine Koh.
4)ANUGERAH KECEMERLANGAN INDIVIDU (PENDEBAT/PEMIDATO) MADUM 2007 BAHASA ARAB - Anuar Hasin.
5)ANUGERAH KHAS ANTARABANGSA (English Debate Australasia).
Tahniah buat Delegasi UM ke Debat Diraja MADUM 2007 !
aKhirnya, final Exam tamat ! mmg menjadi cita-cita aku, untuk memikirkan apa kaedah alternatif untuk menggantikan exam ni. Entah, mcm dah x best la exam bertulis nie.... kengkadang, meramaikan lagi hamba Allah belajar berniatkan untuk lulus exam.. hehe. x nak jadi too idealistic,,once aku dah dpt fikirkan ape kaedahnya baru leh pukul kompang ye.. hehe.
well, cuti Sem officially begin.. about a month juga cutinya. buat member2 UM > pendaftaran online subjek adalah pada 3 Disember 2007 ni dan leh lah start arrange jadual (mula kuar kat umisisweb 26 Nov ni)... ni pun sistem 'sape cepat die dapat!'..
dalam masa yang sama, Persediaan Ke Debat Diraja IPTA 2007 Kontinjen UM telah pun dimulakan secara rasmi semalam. Alhamdulillah semuanya abis exam 17hb, so senang nak atur jadual. lebih2 lagi nak kena hantar 4 pasukan pulak taun ni. bakal berlangsung di UiTM Shah Alam, dekat sgt la pada 24hb - 29hb Nov 2007.. Untuk semua junior2/rakan2/senior2 pendebat UM, bersungguh la yer ! Ikhlaskan hati ! tu yang paling penting ! SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN URUSAN KITA BERSAMA & DIMURAHKAN REZEKI BUAT KITA BERSAMA ! Amin ~
Ok la, rasa nye setakat ni dulu lah.
Belum pun sampai seminggu ranking IPTA tempatan dikeluarkan oleh Majlis Penilaian tempatan kita, hari ini kita dihidangkan pula dengan Laporan terkini Ranking IPT dunia oleh Times Higher Education (THES). Jika difikirkan, inilah badannya yang mencetuskan fenomena berlumba-lumba mengejar ranking dan menjadi hidangan akhbar untuk merendah2kan kewibawaan IPTA kita.
kita pernah dibanggakan dengan sebuah IPTA yang berjaya menghuni 100 tempat teratas....sebelum jatuh dan menghuni tempat 200 teratas...polemiknya lebih menarik apabila UM dipintas UKM ketika itu hingga mencetuskan perdebatan hangat dan singkat tentang kredibiliti UM selaku IPT Perdana negara........................
Hari ini........THES mendedahkan....tiada satu pun IPTA kita singgah menghuni tempat 100 teratas, mahupun 200 teratas...mahupun 300 teratas...... Informasinya.... UM di Rank 246... UKM di Rank 303 dan USM di Rank 307... jatuh merudum se merudumnya !
simboliknya, UKM jatuh dari kedudukan terbaik yang dihuni tahun lalu, USM pun bertambah jatuh (sekalipun baru dinobatkan IPTA Cemerlang) dan UM pun jatuh lagi...... mungkin untuk menarik nafas lega atau ingin menyedapkan hati,,,, UM diangkat kembali sebagai IPTA kita yang baik kedudukannya berbanding IPTA kita yang turut 'bermain' dalam Carta IPT ini.... at least, kita tetap dalam 300 teratas... penurunan yang cukup sistematik.. dari top100 ke top200 ke top300..
apa lagi yang hendak kita kejar dengan THES ini? Datuk Rafiah Salim dalam PC nya mengatakan THES mengubah lagi kriteria dan kalkulasi nya dalam penentuan Carta IPT ini.... Hal money supplement turut dimainkan oleh Wanita Pertama NC Malaysia ini dalam merencanakan perbandingan yang ketara berlaku tahun ini.. sementara itu, rakan Wanita NC dari UKM pula bernada cukup optimis dengan mengatakan segala perubahan dan tindakan ke arah meningkatkan mutu UKM akan terus digandakan namun perlu realistik yang ianya mengambil masa.. kita masih hendak mengejar THES ini.... ?
selaku mahasiswa... mungkin saya tidak merasakan sangat 'pressure' yang dialami pihak pimpinan varsiti mengenai status yang ditaja oleh THES ini... perubahan yang ketara yang boleh dinyatakan pun, melambaknya pelajar2 luar negara yang mula menghuni varsiti ini.... kemudahan di makmal, masih sama... seusia dengan usia 100tahun varsiti ini... entahlah.
sekadar satu suara,,, meluaskan kuata pengambilan pelajar asing.... meningkatkan penawaran khidmat kepakaran profesional asing... mewajibkan perantaraan dalam bahasa asing (english)... APAKAH INI SATU LAGI PROPAGANDA ASING DALAM MENJAJAH HALUS PEMIKIRAN KITA ???